Paper Critique an empirical article that uses one of the research designs. Note: APA StyleMinimum 3 pagesEnglish language

Journal of Business Innovation Jurnal Inovasi Perniagaan Volume 2 No. 1 / 2017: 25 -41 25 PERBANDINGAN PENGURUSAN KUALITI MASJID TERHADAP MASJID YANG DIBERI PE NGIKTIRAFAN BINTANG Muhammad Firdaus Bin Muhammad Sabri 1 & Haliyana Binti Tonot 2 1, 2 Pensyarah di Jabatan Ekonomi dan Pengurusan, Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) . ABSTRAK Institusi Masjid merupakan institusi yang mula -mula dibangunkan oleh Rasulullah S.A.W di Madinah. Masjid memainkan peranan yang sangat penting dalam menyatupadukan dan membangunkan masyarakat daripada pelbagai aspek seperti pusat ibadah, politik, ekonomi, perbincangan agama dan seb againya. Namun pada masa kini institusi masjid dilihat agak ketinggalan daripada segi pentadbiran dan pembangunan komuniti yang profesional berbanding institusi lain. Kebanyakan masyarakat kini juga menganggap masjid sebagai tempat ibadah semata -mata. Kaji an ini membincangkan mengenai perbandingan pengurusan profesional yang menumpukan aspek pengurusan, pengimarahan, kemudahan prasarana dan persekitaran di masjid -masjid terpilih di Negeri Selangor yang diberi pengiktirafan bintang oleh Jabatan Agama Islam N egeri. Analisis kajian adalah berbentuk kualitatif dan secara kajian perbandingan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengurusan masjid akan menjadi lebih sistematik jika pengurus masjid atau nazir terdiri daripada golongan korporat atau profesional. Hasil ka jian juga menunjukkan komitmen yang tinggi daripada nazir dan ahli jawatankuasa serta pematuhan kod dan etika yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri turut memainkan peranan penting dalam pembangunan sistem pengurusan yang baik selain daripada keb eradaan golongan korporat atau profesional. Hasil kajian akan dijadikan sebagai modul atau rujukan oleh masjid -masjid yang lain demi untuk mencapai pembangunan komuniti Islam yang lebih sistematik. Kata Kunci : Pengurusan Profesional, Pengurusan, Pengimara han, Kemudahan Prasarana, Persekitaran. Journal of Business Innovation Jurnal Inovasi Perniagaan Volume 2 No. 1 / 2017: 25 -41 26 COMPARISON ON MOSQUE QUALITY MANAGEMENT TO THE STAR RECOGNITION GIVEN MOSQUE ABSTRACT Mosque Institution is first be developed by Rasulullah S.A.W at Medina. Mosque plays its role in uniting and developing the society from various aspect such as the center of ibadah, politic, economic, religion discussion and others. However, on these days,the administration and professional comunity development of mosque institutions is outdated compared to other institutio ns. Most of the community sees mosque as only place of ibadah. This research is about comparing the professional management that focused on the administration , prospering , infrasutructure facilities and environment of selected mosques in the state of Selan gor that has been given recognition by the State Islamic Religious Council. The study anlysis is in the form of qualitative and comparative. The result shows that the mosque management will be more systematic if the manager or nazir is holded by coporate or professionals individuals. The finding aslo shows that the high commitment from nazir and the community members, and the compliant to the ethic codes issued by the State Islamic Religious plays an important role in developing the good management practice s on top of the presence of the corporate and professional individuals. The findings will be used as modul or reference by other mosques to achieve a systematic development of Islamic community. Keywords : Professional Management, Management, Prospering, Infrastructure faclities, Environment. PENGENALAN Semasa penghijrahan Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya dari kota Makkah ke kota Madinah, Quba‟ adalah suatu tempat yang disinggahi oleh baginda. Di sinilah Rasulullah s.a.wmembina masjid yang terawal d alam sejarah Islamiaitu Masjid Quba‟. Rasulullah s.a.wkemudiannya telah membangunkan masjid yang kedua iaitu Masjid Nabawi semasa baginda tiba di Madinah (Mohd Rozaini Mohd Rahim et al ., 2014). Maka dapat diketahui bahawa perkara pertama Rasulullah s.a.w lakukan dalam memperkembangkan syiar Islam adalah dengan membina masjid.

Masjid yang dibina oleh Rasulullah s.a.w memainkan peranan penting sebagai pusat tarbiah dan dakwah serta berfungsi dalam pengukuhan sosial, politik, kebajikan, dan persaudaraan bagi m elahirkan generasi sahabat dan muslimin yang hebat dan cemerlangdalam memperkukuhkan agama Islam pada masa itu ( Ajmain Safar, 2008; Muhammad Said, 1988). Di Tanah Melayu pula, kepentingan masjid dalam memperkembangkan syiar agama Islam terutama di Nusantar a dapat dilihat pada zaman kegemilangan Perbandingan Pengurusan Kualiti Masjid Terhadap Masjid Yang Diberi Pengiktirafan Bintang Muham mad Firdaus Bin Muhammad Sabri & Haliyana Binti Tonot 27 kesultanan Melayu Melaka. Masjid dan surau pada zaman tersebut memainkan peranan penting sebagai pusat pembelajaran dan juga penyebaran agama Islam dimana terdapat ramai para pelajar tempatan mahupun dari luar Melak a datang menuntut ilmu (Abdullah Ishak, 1990). Namun pada masa kini, masjid didapati ketinggalan berbanding institusi yang lain dari aspek pentadbiran dan pengurusan pembangunan komuniti masyarakat setempat. Abd. Aziz Harjin et. al (2002) dalam kajian beli au menerangkan bahawa institusi masjid tidak diperkenalkan dengan suatu bentuk sistem pentadbiran dan pengurusan yang tersusun dan bersistematik. Menurut beliau lagi, suatu sistem pentadbiran dan pengurusan masjid yang efektif dan efisien perlu diwujudkan bagi mengembalikan peranan masjid sebagai pusat kegiatan ilmu, dakwah, bimbingan, ukhuwah, penyatuan ummah sebagainya.Roslan Mohamed (2008) turut menyokong pendapat tersebut dengan menyatakan bahawa terdapat berbagai kelemahan dalam pengurusan institusi ma sjid dan ianya perlu diuruskan secara korporat dan professional selaras dengan perkembangan zaman. Bagi memperkasakan masjid agar menjadi sebuah institusi yang profesional, seharusnya pegawai -pegawai yang dilantik menghadiri latihan pengurusan dan pentadbi ran sebagai nilai tambah selain daripada pengetahuan agama yang baik dan mencukupi (Ifwan Tun Tuah, 2013). Tambahan pula, fungsi masjid juga boleh diperkukuhkan lagi dengan adanya penglibatan dari golongan profesional. Ini disokong oleh pernyataan daripada mantan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri yang menyatakan bahawa golongan professional seharusnya diserapkan ke dalam insittusi masjid bagi membantu mempelbagaikan peranan masjid dalam pembangunan ilmu, pemangkin ekonomi dan pembangunan sosial masyarakat Isla m setempat (Berita Harian, 11 Disember 2006). Pendapat ini turut dipersetujui oleh Roslan Mohamed (2008) yang menyatakan bahawa masjid pada masa kini perlu diuruskan oleh seseorang yang professional dalam bidang pengurusan dan juga agama Islam. PERMASALAH AN KAJIAN Masjid pada masa kini mengalami peningkatan yang mendadak berikutan daripada pertambahan jumlah penduduk, pembukaan kawasan perumahan baru, pembukaan kawasan perindustrian dan sebagainya. Dianggarkan sebanyak 6,365 buah masjid dan 17,771 buah su rau yang berdaftar dengan JAKIM di Malaysia dicatatkan sehingga kini (JAKIM, 2016).Tidak dinafikan bahawa kebanyakan masjid baru yang dibina cantik dan tersergam indah tetapi mempunyai masalah yang berkaitan denganpentadbiran dan pengurusan masjid. Hal ini berlaku disebabkan oleh sesetengah masjid tidak diperkenalkan dengan suatu sistem pentadbiran dan pengurusan yang sistematik dan efisien untuk menarik minat orang ramai hadir ke masjid. Isu pengurusan masjid yang lemah ini turut diulas oleh Roslan Mohamed (2008) yang menyatakan bahawa kebanyakan masjid telah hilang tarikannya dan Journal of Business Innovation Jurnal Inovasi Perniagaan Volume 2 No. 1 / 2017: 25 -41 28 telah ditafsirkan sebagai tempat khusus untuk ibadah semata dimana kurangnya aktiviti yang boleh menarik minat masyarakat setempat ke masjid. Kebanyakan masjid hanya diterajui ol eh seorang atau dua yang benar - benar ingin berkhidmat sedangkan ahli jawatankuasa yang telah dipilih agak ramai bilangannya tetapi tidak menjalankan tanggungjawab dengan sewajarnya. Maka isu utama yang ingin diketengahkan adalah bagaimana untuk membangunka n sistem pengurusan yang professional dari segi struktur organisasi, ekonomi, aktiviti dan infrastruktur (Roslan Mohamed, 2008). Untuk membangunkan masjid yang cemerlang, ahli jawatankuasa dan juga kariah masjid harus memainkan peranan yang profesional. A hli organisasi yang terdiri dari golongan professional akan menjadikan pengurusan masjid lebih berketrampilan, mantap dan profesional (Zainudin Yusof, 2015). Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengkaji keseragaman dua masjid yang terpilih dari aspek pen gurusan yang cemerlang dan professional serta mengenal pasti perlaksanaan konsep asas pengurusan oleh pihak masjid bagi menyumbang dalam pembangunan komuniti setempat. KAJIAN LITERATUR Menurut Al -Fairuz Abadi (1987), masjid asalnya adalah dari perkataan Arab iaitu sujudan, yasjudu atau sajada , yang membawa maksud patuh dengan meletakkan dahi ke tanah atau bumi sebagai pengabdian kepada Allah S.W.T. Pendapat ini turut disokong oleh Shaikh Ali Mohamad Mokhtar (2003) yang mencatatkan dalam kajian beliau di mana masjid diertikan sebagai tempat untuk bersujud dan tempat melaksanakan ibadah dengan mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.

Pendapat Shaikh Ali Mohamad Mokhtar turut dihuraikan lagi oleh Quraish Shibab (1999) dimana menurut beliau masjid adalah sebuah t empat bersujud dan menzahirkan perasaan pengabdian, penghormatan, taubat atau keinsafan atas kekhilafan serta penyesuaian diri dengan ketetapan Allah S.WT. Maka umumnya, masjid bukan sahaja berperanan sebagai tempat beribadah kepada Allah S.W.T, malah iany a turut berperanan sebagai pusat untuk menyusun dan memperkukuhkan masyarakat (Haron Din, 1996). Sejarah turut menjelaskan bahawa Rasulullah SAW telah mengimarahkan dan menjadikan masjid sebagai pusat pentadbiran, tempat perhimpunan, perbincangan, pengadil an dan kehakiman, pengajaran dan pendidikan, pelindungan saudara -saudara Islam yang baru, pengucapan syiar dakwah, persaudaraan, tempat menyebarkan Islam dan wahyu Allah SWT, tempat penyerahan bendera perang kepada panglima -panglima Islam, diplomatik, pol itik, tempat rawatan tentera -tentera muslim yang cedera dalam peperangan, malah pernah menjadi tempat tahanan perang musyrikin ( Mariam Abd. Majid, Marlon Pontino Guleng, 2014; Sohirin M. Solihin, 2008; Darsh et al ., 1996) Kepelbagaian fungsi masjid membukt ikan bahawa institusi tersebut berupaya memberi acuan yang menyeluruh dalam mengadun perihal duniawi dan Perbandingan Pengurusan Kualiti Masjid Terhadap Masjid Yang Diberi Pengiktirafan Bintang Muham mad Firdaus Bin Muhammad Sabri & Haliyana Binti Tonot 29 akhirat dengan menyalurkan penghayatan Islam dalam diri individu, mendidik dan melahirkan masyarakat yang berilmu dan berakhlak dalam kehidupan seharia n bagi mendapatkan kesejahteraan dan keredhaan Allah S.W.T ( Nurzatil Ismah Azizan, Hasliza Talib & Nazneen Ismail, 2014; Hossein Javan Arasteh, 2014; Mushaddad Hasbullah, 2008 ). Pada fasa pertama kedatangan Islam di Tanah Melayu, ulama -ulama yang berasal dari Tanah Arab seperti Maulana Abu Bakar, Kadi Yusof, Maulana Sadar, Syed Abdul Aziz dan lain -lain memainkan peranan penting dalam mengaktifkan peranan masjid sebagai pusat penyebaran dakwah Islam disamping pusat ilmu dan perpaduan penduduk setempat (Badl ihisham Mohd Nasir, 2010). Tradisi penyebaran dan pengajaran ilmu agama yang meliputi seluruh aspek kehidupan duniawi dan akhirat kemudian diteruskan oleh ulama -ulama tempatan seperti Nururddin al -Raniri (berpusat di Acheh), Hamzah Fansuri dan lain -lain (Y ahaya Abu Bakar, 1983; D.G.E. Hall, 1962). Selain itu, Muhammad Ikhlas Rosele et al.

(2015) dalam kajian beliau yang bertajuk Islamisasi awal Pahang: Satu Tinjauan Teori menyatakan bahawa, institusi pendidikan awal berkembang di masjid sehingga munculnya p ondok pengajian agama, madrasah dan sekolah -sekolah agama. Maka, secara umumnya masjid terbahagi kepada beberapa peranan utama seperti pusat ibadah, pusat penyebaran ilmu pengetahuan dan maklumat, pusat pentadbiran, pusat pembangunan sosio -ekonomi, serta aktiviti yang melibatkan komuniti atau kemasyarakatan (Abdul Rahman et al., 2009; Mohd. Ismail Mustari & Kamarul Azmi Jasmi, 2008 ). Pengimarahan masjid adalah sangat penting kepada umat Islam sesuai dengan ayat suci Al -Quran yang bermaksud: “Hanyalah yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid -masjid Allah itu ialah orang - orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapapun) melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat -sifat yang t ersebut) maka merekalah orang -orang yang diharapkan termasuk dari golongan yang mendapat petunjuk ” (At -Taubah: 18). Kekuatan umat Islam adalah bergantung kepada bagaimana fungsi masjid itu dapat disampaikan kepada umat Islam dengan jelas supaya umat Islam pada masa kini dapat menyemai perasaan dan pemahaman tentang peri pentingnya masjid sebagai tonggak utama Islam itu sendiri. Jatuh bangunnya umat Islam adalah bersandarkan bagaimana umat Islam itu sendiri menilai kepentingan institusi demi mendapat keredh aan Allah. Pendapat ini jelas diperkukuhkan lagi dengan sabda Rasululah S.A.W yang bermaksud; Journal of Business Innovation Jurnal Inovasi Perniagaan Volume 2 No. 1 / 2017: 25 -41 30 “Tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan selain naungan -Nya iaitu…dan seseorang yang terikat hatinya dengan masjid ke tika ia keluar hingga ia kembali ke masjid…” (HR Al -Bukhari & Muslim dari Abu Hurairah). Menurut Ajmain Safar (2008), umumnya, terdapat enam (6) kategori masjid di Malaysia iaitu 1) Masjid Negara, 2) Masjid Negeri, 3) Masjid Jamek Daerah, 4) Masjid Instit usi, 5) Masjid Kariah, dan 6) Surau untuk solat Jumaat. Masjid dan surau dikategorikan mengikut kepada bilangan populasi sesebuah kawasan, keperluan, syarat dan kelayakan tertentu untuk menjalankan solat Jumaat (Azree Ahmad et al., 2005). Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) telah memperkenalkan Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) sebagai penanda aras kualiti perkhidmatan masjid di Malaysia. Jadual 1: Kriteria Pen arafan Masjid Bil. Kategori Peratusan Markah Penilaian Taraf Bintang 1. Cemerlang 90.0% – 100% 2. Sangat Baik 80.0% – 89.9% 3. Baik 70.0% – 79.9% 4. Memuaskan 60.0% – 69.9% 5. Sederhana 50.0% – 59.9% 6. Lemah 49.9% dan kebawah Tiada Bintang Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (2015), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) (2008) Standard penarafan bintang bagi masjid merangkumi empat (4) komponen utama iaitu 1) pengurusan, 2) pengimarahanI 3) kemudahan prasarana, dan 4) persekitaran (MAMPU, 2008). Perincian empat (4) komponen utama yang diusulkan oleh SPMM adalah seperti di jadual berikut: Jadual 2: Perincian Komponen dalam Standard Penarafan Bintang bagi Masjid Bi l. Komponen Perincian Yan g Dinilai 1. Pengurusan a) Pengurusan organisas  Perancangan (Visi, Misi, Piagam Pelanggan, Objektif, Program/Aktiviti).  Tahap penyebaran maklumat dan perancangan strategi masjid.  Pengisian jawatan dalam struktur pengurusan Perbandingan Pengurusan Kualiti Masjid Terhadap Masjid Yang Diberi Pengiktirafan Bintang Muham mad Firdaus Bin Muhammad Sabri & Haliyana Binti Tonot 31 organisasi masjid, status pengerusi /nazir sebagai ahli politik, asas pendidikan pengerusi, status keahlian AJK, status perlantikan imam, bilal dan siak, proses penggantian membentuk pelapis pegawai masjid, kursus yang dihadiri AJK masjid, dan pegawai masjid.  Mekanisma aduan, kecekapan bert indak atas aduan.  Pengiktirafan kepada masjid, anugerah yang dimenangi, pengiktirafan bukan berbentuk pertandingan (dalam tempoh 5 tahun)  Mesyuarat Jawatankuasa masjid (jumlah/kekerapan mesyuarat), kehadiran ahli mesyuarat, kekerapan menyediakan laporan ke wangan, laporan minit mesyuarat yang dihantar ke Jabatan Agama Islam Negeri b) Pengurusan kewangan  Rekod kewangan, semakan audit, pembentangan dalam mesyuarat, sumber kewangan, prestasi perbelanjaan, pengurusan asset 2. Pengimarahan a) Pengimarahan: Solat lima (5) waktu, solat Jumaat dan amalan sunat lain b) Aktiviti tahunan  Maal Hijrah, Maulidurrasul, Isra‟ Mikraj, Ihya Ramadhan, Aidil Fitri, Aidil Adha, sambutan hari kebesaran c) Program keilmuan  Kuliah Maghrib/bulanan, kuliah/tazkirah subuh, kuliah berkala, kuliah keilmuan wanita (kuliah dhuha, kelas pengajian tajwid, kelas hafazan, kemahiran)  Aktiviti keilmuan remaja (akademik dan kemahiran), aktiviti keilmuan kanak -kanak (akademik dan kemahiran) d) Khidmat komuniti  Pengurusan jenazah, khairat kematian, penilaian khu tbahJumaat, riadah dan kesukanan dewasa, program kesenian dan kebudayaan Islam  Aktiviti rekreasi, aktiviti gotong royong, dakwah dan khidmat kebajikan (ziarah, penyampaian bantuan, amal dan khidmat kaunseling/nasihat 3. Kemudahan prasarana a) Kemudahan tempa t dan peralatan ibadah, kemudahan pentadbiran, kemudahan keilmuan. b) Kemudahan kebajikan Journal of Business Innovation Jurnal Inovasi Perniagaan Volume 2 No. 1 / 2017: 25 -41 32 Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) (2015), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU ) (2008) & Laporan Jawapan/Pembuktian Pemeriksaan Standard Penarafan Masjid Malaysia, Masjid An Naim, Teluk Intan (2013). Insititusi masjid bukanlah suatu badan yang bersifat keuntungan, maka perancangan yang baik adalah perlu bagi mengimbangi akaun dan m enggunakan sumber yang ada dengan cekap dan sistematik supaya masjid sentiasa berupaya melaksanakan aktiviti berkala mereka secara berterusan (Baker, 1987). Pernyataan ini turut disokong oleh Mohd. Ismail Mustari dan Kamarul Azmi Jasmi (2008) dimana masjid adalah institusi yang memfokuskan tentang pembangunan masyarakat dan pendekatan berbentuk keagamaan, jadi adalah perlu bagi menguruskan masjid melalui sistem pengurusan yang bersifat professional dan sistematik bagi menjamin aktiviti yang menarik dan bert erusan. Dalam konteks perancangan Islam, perkara utama yang perlu ditekankan adalah konsep tawakkal iaitu penyerahan diri dan penggantungan harapan yang tinggi kepada Allah s.w.t supaya sesuatu perkara itu akan berjalan dengan jayanya seperti yang telah dirancang ( Mohd. Ismail Mustari & Kamarul Azmi Jasmi, 2008). KAEDAH KAJIAN Kajian ini melibatkan dua masjid di negeri Selangor yang mendapat pengiktirafan 5 bintang dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) iaitu Masjid Al -Falah USJ 9 dan Masjid As -Salam Buk it Sentosa Rawang, Selangor. Kajian ini berbentuk kajian kualitatif, iaitu temu bual bersama pengurus/nazir/pengerusi masjid untuk mengetahui sistem pengurusan masjid yang diamalkan. Jadual 3: Senarai Nama Masjid dan Pengiktirafan NAMA MASJID PENGIKTIRAFA N 1. Masjid Al -Falah USJ 9, Selangor Mendapat pengiktirafan 5 Bintang daripada Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 2014. 2. Masjid As -Salam Bukit Sentosa Rawang, Selangor Mendapat pengiktirafan masjid 5 Bintang daripada Jabatan Agama Islam Selangor pada ta hun 2012.  Khidmat sosial, pengkalan data anak kariah, tempat penyimpanan barang pengunjung/musafir, kemudahan sukan, kemudahan pengurusan jenazah, kemudahan am (tandas, bilik air, tempat wuduk, tempat meletak kenderaan) 4. Persekitaran a) Kebersihan, keceriaan dan keselamatan (Bahagian dalaman dan luaran masjid) Perbandingan Pengurusan Kualiti Masjid Terhadap Masjid Yang Diberi Pengiktirafan Bintang Muham mad Firdaus Bin Muhammad Sabri & Haliyana Binti Tonot 33 DAPATAN KAJIAN Pengkaji menyimpulkan dapatan kajian melalui jadual seperti dibawah h asil daripada temubual dengan Nazir Masjid Al -Falah ( Syed Zainal Abidin Mohd Tahir, temubual personal, 28 Mac, 2016) dan Nazir Masjid As -Salam Bukit Sentosa R awang (KamalAbdullah, temubual personal, 27 Februari, 2016). Jadual 4: Perbandingan Komponen Standard Penarafan Bintang antara Masjid Al - Falah USJ 9 dan Masjid As -Salam Bukit Sentosa Rawang Pembolehubah Masjid Al -Falah USJ 9 Masjid As -Salam Bukit Sentos a Rawang Pengurusan a) Tabung kutipan Jumaat, masjid/harian, anak yatim, infaq dan kebajikan. b) Setiap tabung mempunyai fungsi yang tersendiri mengikut yang telah dilabelkan pada tabung. c) Mempunyai akauntabiliti yang berbeza bagi setiap tabung. d) Pengurusan masji d membuat keputusan untuk memaparkan jumlah kutipan masjid. e) Terdapat security lock dan mangga kekunci pada setiap tabung. f) Peruntukan maksima simpanan kewangan masjid di bank adalah sebanyak RM100,000 sahaja. g) Mengadakan 9 kali mesyuarat untuk pegawai dan A JK masjid untuk merancang aktiviti dan program dalam tempoh setahun. h) Lantikan nazir masjid a) Tabung umum seperti tabung harian dan kutipan Jumaat. b) Tabung Amanah Pembangunan Islam Negeri Selangor (TAPIS) yang bertujuan untuk membantu usaha pemban gunan modal insan dan syiar Islam di Negeri Selangor. c) Dana aktiviti berbuka puasa pada bulan Ramadhan disumbang oleh ahli kariah dan masyarakat setempat. d) Dana tidak diperolehi daripada kerajaan negeri atau pusat. e) Dana untuk pengurusan masjid diperolehi has il daripada sumbangan ahli kariah dan orang ramai melalui beberapa tabung bagi membayar penyelenggaraan, elaun, penceramah dan sebagainya. f) Jumlah program atau aktiviti yang dikendalikan bergantung kepada dana masjid yang disumbang. Journal of Business Innovation Jurnal Inovasi Perniagaan Volume 2 No. 1 / 2017: 25 -41 34 adalah daripada kariah setempat. i) Mesyuarat kariah memilih calon untuk semua jawatan masjid. j) Senarai calon itu diserahkan kepada Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri unt uk disahkan. k) Mewujudkan 12 biro dalam jawatan kuasa masjid. l) Perlantikan selama 3 tahun (3 penggal). g) Masjid mempunyai satu ak aun khas untuk menyimpan dana yang akan disalurkan kepada beberapa bahagian tertentu seperti pembangunan, penyelenggaraan, pegawai dan sebagainya. h) Dana masjid diperolehi daripada sewaan tapak untuk berniaga. i) Masjid mempunyai satu perniagaan dalam koperasi Islam Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung. j) Ahli lajnah membentangkan perancangan setiap biro untuk aktiviti tahunan dan peruntukan kewangan bagi setiap aktiviti. Pengimarahan a) Mengadakan atau menguruskan aktiviti/ program yang “Mesra Qariah”. b) Secara bersama menentukan matlamat aktiviti masjid. c) Meraikan ahli muallaf baru yang baru syahadah di masjid. d) Memberi peluang berniaga untuk setiap biro. e) Kegiatan Institusi Masjid hendaklah lebih bersifat „menyumbang dan memberi‟ menepati kehendak masyarakat, sesuai denga n golongan jantina dan golongan a) Menganjurkan kuliah dan kelas agama pada setiap malam termasuk hujung minggu. b) Menjemput penceramah luar bagi memberi ceramah dan berkongsi ilmu de ngan ahli kariah. c) Menganjurkan forum, aktiviti berbuka puasa, tarawih, qiaimulail dan bersahur pada bulan Ramadhan, ceramah Israk dan Mikraj, program qurban dan jamuan hari raya, program berkhatan, dan program daurah atau kem ibadah untuk pelajar skolah da n remaja. Perbandingan Pengurusan Kualiti Masjid Terhadap Masjid Yang Diberi Pengiktirafan Bintang Muham mad Firdaus Bin Muhammad Sabri & Haliyana Binti Tonot 35 umur. Kegiatan masjid tidak menyisihkan mana -mana kumpulan dalam masyarakat. Kemudahan Prasarana a) Mempunyai klinik kesihatan dalam masjid. b) Mempunyai kelas agama c) Mempunyai sistem internet tanpa wayar (WIFI). d) Mempunyai projektor. e) Dewan solat utama mempunyai penghawa dingin. f) Mempunyai laman web , facebook dan blogspot dala m menyalurkan maklumat dan aktiviti masjid. a) Kawasan masjid yang luas dan selesa, penyediaan kipas yang mencukupi serta b) Mempunyai blogspot dan facebook sebagai salah satu medium penyampaian maklumat dan maklumbalas dalam menjalinkan hubungan dengan ahli kariah. c) Mempunyai kemudahan seperti tempat dan pejabat jurunikah bagi aktiviti pernikahan. d) Menyediakan projektor untuk penyampaian maklumat kepada ahli kariah, sistem sensor dan alarm dipasang di dalam dewan solat utama bagi pemantauan dan penga wasan dalam mengurangkan kes kecurian e) Mempunyai dua (2) orang pekerja am yang diketuai oleh Siak untuk menjaga kebersihan masjid. f) Menyediakan tapak gerai untuk peniaga berniaga pelbagai jenis barang di kawasan masjid. Persekitaran a) Persekitaran yang kondus if, parkir yang mencukupi, lokasi yang strategik. a) Parkir yang mencukupi, persekitaran yang luas dan selesa untuk para Jemaah, ahli kariah beristirehat Journal of Business Innovation Jurnal Inovasi Perniagaan Volume 2 No. 1 / 2017: 25 -41 36 Berdasarkan jadual perbandingan antara kedua masjid yang berikut, dapat diperhatikan bahawa pengurusan masjid yang baik dan berkualiti bukan sahaja melibatkan komitmen dari golongan professional dan ilmuan agama dalam menganjurkan aktiviti, bahkan turut melibatkan penyediaan maklumat, pengurusan kewangan, dokumentasi, kemudahan dan infrastruktur yang baik ( Ajmain Safar, 2008). Pengurusan yang baik perlu dilaksanakan agar ianya berupaya menarik minat para jemaah dan ahli kariah hadir dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dianjurkan oleh pihak masjid dengan selesa. Pelaksanaan yang baik pula memerlukan komit men yang tinggi bukan sahaja dari ahli jawatankuasa dan pegawai masjid, tetapi turut melibatkan ahli kariah dan masyarakat setempat (Mohd Noor Azli Ali Khan, Mohd Zulrushdi Salleh dan Norhayati Salleh, 2008). KESIMPULAN Hasil kajian mendapati bahawa nazi r kedua -dua masjid adalah terdiri daripada golongan profesional ataupun golongan korporat didalam sesebuah institusi yang bersifat keuntungan. Nazir kedua -dua masjid telah mengaplikasikan sistem pengurusan syarikat ataupun korporat di dalam operasi dan akt iviti masjid di bawah seliaan mereka. Pengalaman golongan professional dalam mentadbir masjid akan meningkatkan kualiti pengurusan masjid di mana golongan ini menyalurkan pengalaman dan kepakaran mereka dalam memberi pandangan dan bimbingan yang berterusan dalam memperkasakan masjid.Ini diperkukuhkan lagi dengan pendapat Roslan Mohamed (2008) melalui hasil kajian beliau yang menyatakan bahawa golongan professional mampu memberikan sumbangan yang signifikan melalui kepakaran mereka yang pelbagai dalam aspek pengurusan dan pemerkasaan institusi seperti pengurusan dokumen, perancangan belanjawan, pengurusan masa dan aktiviti, pengurusan sumber insan serta pengurusan mesyuarat. Selain daripada itu, hasil kajian juga menyatakan bahawa masjid bukanlah sebuah insti tusi yang bersifat keuntungan, maka ianya menjadi suatu cabaran terhadap pegawai dan ahlijawatankuasa masjid dalam membuat perancangan dalam memperkasakan masjid. Pendapat ini disokong oleh Mohd. Ismail Mustari dan Kamarul Azmi Jasmi (2008) yang menyatakan di dalam kajian mereka bahawa perancangan yang sistematik harus diteliti dalam semua aspek seperti pengimbangan akaun dan penggunaan sumber insan yang cekap dan professional dalam melaksanakan pelbagai aktivit berkala yang berupaya menarik minat ahli kari ah dan pelbagai lapisan masyarakat. Tambahan juga, ahli jawatankuasa masjid perlu memberi komitmen yang sangat tinggi dalam melibatkan diri secara menyeluruh dalam memperkasakan masjid walau mereka sedar posisi mereka tidak menjamin bayaran elaun atau gaji yang tetap. Pendapat ini disokong oleh Ajmain Safar (2008) yang menyatakan bahawa komitmen yang tinggi perlu ada dalam diri ahli jawatankuasa atau petugas Perbandingan Pengurusan Kualiti Masjid Terhadap Masjid Yang Diberi Pengiktirafan Bintang Muham mad Firdaus Bin Muhammad Sabri & Haliyana Binti Tonot 37 yang dilantik walau ianya dalam bentuk secara sukarela. K omitmen yang tinggi akan menjadi pendorong utama kepada kejayaan masjid (Mohd Noor Azli Ali Khan, Mohd Zulrushdi Salleh dan Norhayati Salleh, 2008). Pemerkasaan dan pengimarahan masjid akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dengan penglibatan pelbagai pihak seperti pegawai masjid, ahli jawatankuasa , ahli kariah serta pelbagai lapisan masyarakat. Selain daripada itu juga, ahli kariah dan masyarakat seharusnya membuka minda dalam mendefinisikan fungsi masjid dimana ianya bukan hanya sebagai tempat ibadat semata. Journal of Business Innovation Jurnal Inovasi Perniagaan Volume 2 No. 1 / 2017: 25 -41 38 RUJU KAN Al -Quran. Abdul Rahman, A., Latif, A., Syahiran, M. Yon, & Ariffin, W. (2009). Aktiviti Pemakmuran Masjid di Samarahan: Kajian Terhadap Kemampuan Pendakwah. Institute of Research, Development and Commercialization , Universiti Teknologi MARA. Abdull ah Ishak. (1990). Islam di Nusantara (Khususnya di Tanah Melayu) . Malaysia: Al -Rahmaniah, Badan Dakwah dan Kebajikan Islam Malysia. Ajmain Safar. (2008). Institusi Masjid dalam Memperkasakan Pembangunan Modal Insan. Dalam Mohd. Ismail Mustari dan Kamarul Azmi Jasmi (Eds.). (2008). Pengurusan Berkualiti Memacu Kecemerlangan Pengurusan Masjid (1 sted.) . Skudai, Malaysia: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 14 -25. Al -Fairuz Abadi. (1987). al-Kamus al -Muhit . Beirut: Muassasah al -Risalah, 366. Azree Ahmad, Asmadi Mohammed Ghazali, Rosli Hassan & Kamarul Ariffin Mansor. (2005) Perpustakaan masjid di negeri Kedah: satu tinjauan.

Institute of Research, Development and Commercialization , Universiti Teknologi MARA. Badlihisham Mohd Nasir. (2010). Pendidikan dala m Gerakan Islam di Malaysia: Satu Tinjauan. Journal of Islamic and Arabic Education , 1 -12. Baker, H.K. (1987). Internal Financial Management. Florida, USA: Books for Professional Inc. Mohd Najib Razak . (11 Disember, 2006). Ucapan Perasmian Majlis Penutup an Konvensyen Nasional Komuniti Hadhari Peringkat Kebangsaan. Berita Harian . Darsh, S.M., Hasan, S., Akram, M., & Yusuf Islam. (1996). The Role Of The Mosque In Islam . Riyadh, Saudi Arabia: Darussalam Publishers & Distributors. Hall, D.G.E. (1962). Hist orians of South East Asia . London: Oxford University Press. Perbandingan Pengurusan Kualiti Masjid Terhadap Masjid Yang Diberi Pengiktirafan Bintang Muham mad Firdaus Bin Muhammad Sabri & Haliyana Binti Tonot 39 Haron Din (1996). Umat Islam Zaman Mutakhir, Masalah dan Penyelesaian . Shah Alam, Selangor: Times Editions. Hossein Javan Arasteh. (2014). Masjid and its Management: Issues and challenges. Proce eding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2014) . Kuala Lumpur, Malaysia. HR. Al -Bukhari no. 620. HR. Muslim no. 1712. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). (2015). Portal Rasmi Masjid Malaysia . Diambil daripada http://masjid.islam.gov.my/index.php Ifwan Tun Tuah. (2013). Profesional Tadbir Masjid. Berita Harian . Seremban, Negeri Sembilan. Mariam Abd. Majid & Marlon Pontino Guleng. (2014). Masjid dan Metodologi Dakwah Ter hadap Masyarakat Multi Etnik di Malaysia: Sorotan Awal. Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2014) . Kuala Lumpur, Malaysia. Diambil daripada http://www.kuis.edu.my/imaf2014/eproceedings/masjid/M19%20 Dr%20Mariam %20dan% 20Yusof%20Marlon%20Masjid%20168 - 179.pdf. Masjid An Naim, Teluk Intan. (2013 ). Laporan Jawapan/Pembuktian Kepada Pemeriksaan Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) . Pera k, Malaysia: Urusetia Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) Masjid An Naim. Mohd. Ismail Mustari & Kamarul Azmi Jasmi. (2008). Pengurusan Berkualiti Memacu Kecemerlangan Pengurusan Masjid. Johor, Malaysia: UTM Press. Mohd Noor Azli Ali Khan, Mohd Zul rushdi Salleh, & Norhayati Salleh. (2008). Pengurusan Masjid: Satu Tinjauan ke atas Masjid Cemerlang. Dalam Mohd. Ismail Mustari & Kamarul Azmi Jasmi (Eds.). (2008). Pengurusan Berkualiti Memacu Kecemerlangan Pengurusan Masjid . Skudai, Johor: UTM, 27 -43 Mohd Rozaini Mohd Rahim, Mahazan Abdul Mutalib, Abdullah Abdul Ghani, Muhammad Hashim, Wan Mohd. Fazrul, Mohamad Zaharuddin Zakaria,Nisar Mohammad Rahmad, &Azman Ab. Rahman. (2014). Journal of Business Innovation Jurnal Inovasi Perniagaan Volume 2 No. 1 / 2017: 25 -41 40 Kepimpinan, Prestasi Masjid, dan Pembangunan Komuniti Menurut Al - Quran dan Hadith. Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2014). Muhammad Ikhlas Rosele, Rahimin Affandi Abdul Rahim, & Mohd Anuar Ramli. (2015). Islamisasi Awal di Pahang: Satu Tinjauan Teori. Jurnal Kemanusiaan , 24 (1), 2 -14. Mu shaddad Hasbullah. (2008). Pengimarahan Masjid: Tanggungjawab Setiap Muslim. Dalam Mohd. Ismail Mustari & Kamarul Azmi Jasmi (Eds.).

(2008). Pengimarahan Masjid dalam Agenda Ummah . Johor, Malaysia: UTM Press. M.Quraish Shihab. (1999). Wawasan al -Qur’an: T afsir Mauduu’IAtas Pelbagai Persoalan Umat. Bandung, Indonesia: Penerbit Mizan. Nurzatil Ismah Azizan, Hasliza Talib, & Nazneen Ismail. (2014). Komunikasi Masjid: Kajian Terhadap Hebahan Aktiviti Masjid Al -Hasanah Bandar Baru Bangi Kepada Masyarakat Setem pat . Proceeding of the International Conference on Masjid, Zakat and Waqf (IMAF 2014) .Kuala Lumpur, Malaysia. Roslan Mohamed. (2008). Pemerkasaan MasjidMelalui Pengurusan Profesional. Dalam Mohd. Ismail Mustari dan Kamarul Azmi Jasmi (Eds.).

(2008). Pengur usan Berkualiti Memacu Kecemerlangan Pengurusan Masjid (1 sted.) . Skudai, Malaysia: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia, 1-12 Shaikh Ali Mohamad Mokhtar. (2003). Peranan Masjid Dalam Islam . Kuala Lumpur, Malaysia: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) . Sohirin M. Solihin. (2008). Islamic Da’wah: Theory and Practice (1sted.). Kuala Lumpur, Malaysia: IIUM Press International Islamic University Malaysia. Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). (2008). Panduan Mengenai Penar afan Bintang Agensi Sektor Awam . Diambil daripada http://www.adk. gov.my/html/pdf/ starrating/get_file.pdf Yahaya Abu Bakar. (1983). Melaka Sebagai Pusat Pendidikan Islam Abad ke -XV Masihi. SARI , 4(1). Perbandingan Pengurusan Kualiti Masjid Terhadap Masjid Yang Diberi Pengiktirafan Bintang Muham mad Firdaus Bin Muhammad Sabri & Haliyana Binti Tonot 41 Zainudin Yusof. (2015). Konsep AIDA dala m Pengurusan Masjid. Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah . Bangi, Selangor: UKM.