Waiting for answer This question has not been answered yet. You can hire a professional tutor to get the answer.
SOALAN 1 Syarikat Litup Suci Sdn Bhd (LSSB) menjalankan perniagaan pembuatan topeng muka untuk kegunaan klinikal. Walau bagaimanapun, sejak berlakunya pandemik Covid 19, pihak syarikat terpaksa mengga
SOALAN 1
Syarikat Litup Suci Sdn Bhd (LSSB) menjalankan perniagaan pembuatan topeng muka untuk kegunaan klinikal. Walau bagaimanapun, sejak berlakunya pandemik Covid 19, pihak syarikat terpaksa menggandakan pengeluaran bagi memenuhi permintaan yang tinggi bagi topeng muka untuk pasaran tempatan dan juga antarabangsa. Berikut merupakan maklumat berhubung operasi perkilangan LSSB bagi tahun berakhir 31 Disember 2020:
31 Dis 2019 31 Dis 2020
Inventori:
Bahan mentah langsung 20,000 24,000
Kerja dalam proses 12,000 8,000
Barang siap 80,000 90,000
Belian bahan langsung 420,000
Buruh langsung 240,000
Belanja utiliti 60,000
Belanja susut nilai 40,000
Belanja insurans 80,000
Belanja pemasaran dan jualan 30,000
Belanja pentadbiran 85,000
Belanja pengurusan 120,000
Hasil jualan 3,600,000
LSSB mempunyai agihan perbelanjaan untuk bahagian perkilangan dan pentadbiran seperti
berikut:
Item Perkilangan Pentadbiran
Belanja utiliti 75% 25%
Belanja susut nilai 70% 30%
Belanja insurans 80% 20%
Belanja pengurusan 30% 70%
DIKEHENDAKI:
(a) Sediakan Penyata Kos Barang Di Kilang bagi tempoh berakhir 31 Disember 2020.
(b) Sediakan Penyata Untung atau Rugi dan Pendapatan Komprehensif Lain bagi tahun berakhir 31 Disember 2020.
SOALAN 2
Syarikat Imbas Suhu Anda Sdn Bhd (ISASB) merupakan sebuah syarikat pengeluaran alat pengimbas suhu (temperature scanner) tempatan yang beroperasi dengan menggunakan tenaga pekerja warga tempatan sepenuhnya. Pada masa ini ISASB hanya mengeluarkan alatan pengimbas suhu genggaman (hand-held) berjenama LISA. Maklumat berkaitan produk LISA bagi bulan Disember 2020 adalah seperti berikut:
Harga jualan seunit LISA RM30.00
Kos berubah seunit: RM
Bahan mentah 8.25
Buruh langsung 4.50
Overhed kilang 2.25
Kos tetap: RM
Belanja pentadbiran 45,000
Belanja pemasaran 15,000
Jumlah kos tetap 60,000
DIKEHENDAKI:
(a) Berapakah jumlah jualan dalam (i) unit dan (ii) amaun (dalam RM) yang diperlukan untuk mencapai titik pulangan modal.
(b) Sekiranya kos buruh langsung dijangka meningkat sebanyak 20% tanpa sebarang perubahan kepada kos yang lain, berapakah jumlah jualan dalam (i) unit dan (ii) amaun (dalam RM) yang diperlukan untuk mencapai titik pulangan modal?
(c) Jika harga seunit LISA dinaikkan kepada RM35.00 tanpa sebarang perubahan kepada kos sedia ada, kirakan margin sumbangan pada harga jualan yang baru ini.
(d) Sekiranya harga jualan ditetapkan pada RM35.00 seunit, tanpa sebarang perubahan kepada kos sedia ada, berapakah jumlah jualan (dalam RM) yang perlu dicapai untuk mendapatkan keuntungan RM120,000?
SOALAN 3
Syarikat BMF Solutions Sdn Bhd (BMFSSB) merupakan pengeluar komputer riba yang dijenamakan semula, yang menumpukan sasaran jualannya kepada golongan pendapatan rendah dan sederhana. Ia mengeluarkan beberapa jenis model untuk segmen pengguna yang berbeza iaitu pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi (IPT) dan pekerja.
Dalam situasi yang masih tidak menentu akibat pandemik Covid 19 ini, kebanyakan IPT menjalankan kuliah secara atas talian. Sehubungan itu, permintaan bagi komputer riba dijangka meningkat bagi tahun 2021. BMFSSB menawarkan model Lasak X1 khusus untuk pelajar IPT dengan harga RM650 seunit dengan tempoh waranti selama setahun.
BMFSSB mempunyai polisi pembelian barangan dan pengurusan inventori seperti berikut:
1. Kos barangan dijual secara umumnya ialah 60% daripada harga jualan.
2. Inventori akhir bagi setiap bulan disasarkan pada 40% daripada anggaran kos barangan dijual bagi bulan berikutnya.
3. Sebanyak 60% daripada jumlah belian akan dibayar dalam bulan tersebut manakala bakinya akan dibayar pada bulan berikutnya.
Pada 31 hb Januari 2021, baki inventori akhir Lasak X1 ialah RM39,000 dan jumlah belian
sepanjang bulan Januari ialah RM117,000.
BMFSSB menyasarkan jualan bagi bulan Februari, Mac, April dan Mei masing-masing sebanyak
300 unit, 600 unit, 500 unit dan 450 unit.
DIKEHENDAKI:
(a) Sediakan belanjawan belian bagi bulan Februari, Mac dan April 2021.
(b) Sediakan jadual pembayaran untuk belian bagi bulan Februari, Mac dan April 2021.
SOALAN 4
Syarikat Lena Sakan Sdn Bhd (LSSB) merupakan pengeluar cadar terkemuka di utara tanah air. Setiap helaian cadar bersaiz ‘Queen’ menggunakan fabrik sebanyak 3.5 meter. Tempoh masa yang diperlukan untuk menyiapkan sehelai cadar tersebut ialah 2 jam.
Kos standard bagi menghasilkan cadar bersaiz ‘Queen’ adalah seperti berikut:
- Harga bahan langsung: RM8.00 semeter
- Kadar buruh langsung: RM5.50 sejam
Bagi pengeluaran bulan Januari 2021, LSSB telah menghasilkan 1,500 helai cadar fabrik saiz ‘Queen’ dengan kos sebenar seperti berikut:
- Harga bahan langsung: RM9.00 semeter
- Kuantiti sebenar digunakan: 3.7 meter
- Kadar buruh langsung: RM4.00 sejam
- Tempoh masa sebenar: 2.5 jam setiap helai.
DIKEHENDAKI:
Kenalpasti varians yang dialami oleh LSSB bagi penghasilan 1,500 unit cadar bersaiz ‘Queen’
bagi bulan Januari 2021 seperti berikut:
(a) Kira varians harga bahan langsung.
(b) Kira varians kuantiti bahan langsung.
(c) Kira varians kadar upah buruh langsung.
(d) Kira varians kecekapan buruh langsung.
(e) Nyatakan DUA (2) sebab berlakunya varians kadar buruh langsung yang memuaskan.